Lisan TA4 pada 4 Nov. 2014

20141104_162711

Kumpulan ini mencerita kisah malang seorang pelajar. Satu masalah kecil seperti bangun tidur lambat menjadi masalah yang besar sehingga kena masuk jel. Seorang pelajar telah terlepas bas, menaiki kereta api MRT yang rosak, dan hilang dompetnya. Dia juga menaiki teksi tetapi berlari daripada pemandu teksi kerana tidak ada wang, mencuri basikal dan akhirnya kena tangkap polis.

photo (8)

photo (7)

Kumpulan kedua ini menunjukkan bahaya berkawan dengan kawan jahat. Seorang pelajar yang baik dan pandai telah menjadi malas dan gagal dalam peperiksaan matematiks selepas menjadi perokok. Nasib baik dia ada seorang kawan baik yang boleh menolongnya untuk pulang ke jalan yang baik. Akhirnya, dia meminta maaf daripada emaknya yang begitu sedih dengan anaknya yang suka merokok.

2014-11-04 17.04.43

2014-11-04 17.02.15

Kumpulan ini menceritakan macam-macam pelajar yang ada pada hari ini. Ada yang selalu takut pelajar lain lebih pandai, ada yang terlalu pentingkan kejayaan dan ada yang terlalu tertekan hingga terkencing di kelas. Bukan itu sahaja, guru mereka juga tertekan kerana pelajar-pelajarnya membawa banyak masalah ke sekolah.

photo 2photo 3

Cerita kumpulan ini tentang dua orang pelajar perempuan yang mudah bercinta akhirnya tertipu dengan teman lelaki yang suka main kayu tiga. Mereka bergaduh dan gagal dalam ujian kerana bermain cinta. Akhirnya guru mereka telah menolong mereka untuk memberikan fokus ke dalam pelajaran. Selepas itu, mereka menjadi pelajar terbaik di dalam kelas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s