Ujian Lisan

Ujian lisan kumpulan TA 8 telah selamat dijalankan.

Walaupun saya sakit (Zhi Yi and Jia Wen nampak saya telan ubat selepas kelas) pada pagi Rabu yang berhujan lebat penilaian lisan sudahpun selesai.

Kumpulan Pertama

menyampaikan cerita: Apabila Seri Makan Gula-gula.

Seri anak bongsu ditinggalkan dengan kakaknya Amirah oleh ibu apabila ibu pergi ke pasar. Amirah mengajar Seri menggunakan kata penjodoh bilangan ‘Seorang kawan’ dan 13 orang kawan’ tetapi Seri masih kecil dan hanya pandai cakap “13 *seorang kawan”.

Seri sedang belajar dengan kakaknya Amirah

Semasa Amirah sibuk bertelefon dengan kawannya yang menangis ditinggalkan teman lelaki, Seri mencari gula-gula di dapur. Dia termakan gula-gula makanan haiwan dan bertukar menjadi muka singa.

Kumpulan Kedua menyampaikan cerita Tipu.

Dalam cerita ini, seorang guru bahasa memberitahu pelajar ada ujian pada keesokan hari selepas melihat pelajar-pelajar kelas bahasa Melayu sedang belajar dengan ‘rajin’. Kumpulan ini menggunakan ‘lampu’ sebagai teknik drama dan menunjukkan sifat tiga orang yang berbeza-beza.

Seorang rajin, seorang suka bersembahyang dan seorang lagi mahu menipu guru mereka. Akhirnya guru menangkap pelajar yang telah menipu dan pelajar tersebut mendapat kosong.

Kumpulan Ketiga menyampaikan cerita Puteri Salju dan Putera Kacak. Puteri Salju meninggalkan buah epal di atas meja.  Ibu tirinya pun datang dan meracuni buah epal itu.

Puteri Salju yang lapar termakan buah epal beracun dan tertidur di rumah si kerdil. Tujuh si kerdil berasa sangat sedih sehingga putera kacak tiba dan membangunkan Puteri Salju dengan kucupan.

Cerita Kumpulan Keempat tentang Superman yang telah kehilangan jubah. Superman yang pelupa tidak ingat di mana dia meletakkan jubahnya.  Superman bertanya kepada kawan baiknya, Batman dan mereka membuat laporan polis. Batman yang percaya cerita Superman menuduh Spiderman sebagai pencuri. Semasa mereka bergaduh Superman terjumpa jubahnya di dalam mesin basuh.

Kumpulan Kelima tentang lawatan ke Port Dickson. Kumpulan menggunakan penonton sebagai pembantu. Penonton termasuk guru menjadi pengurus hotel, penjual di tepi jalan dan pegawai polis. Tiga orang kawan telah tiba di Port Dickson tetapi seorang berasa marah kerana dua orang kawan asyik mahu pergi berenang. Kawan ini menghilangkan diri kerana pergi membeli-belah dan tersesat jalan. Mereka bertemu semula selepas 4 jam.

Kumpulan Keenam menyampaikan cerita pelajar asing yang datang ke kampus Kent Ridge. Pelajar asing ini belum biasa dengan cara orang tempatan mencari dan mendapatkan tempat duduk di pusat makanan.

Orang tempatan suka menggunakan bungkusan kertas tisu untuk mengecop tempat duduk. Pelajar baru ini menggunakan komputer ribanya . Akhirnya komputer ribanya pun dicuri orang.

Kawan-kawannya berpandangan bahawa pelajar ini kurang pandai. Pelajar ini terus menangis kesedihan dan mahu pulang ke negaranya segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s